home profile Affiliates twitter Facebook follow
Double Love {Part I}
14.12.11 @ 10:40 PM | 2 Hug and Kisses
Assalamualaikum, today aku dengan menggatal tanganya nak buat sebuah story. Okay saya buat story ini untuk suka-suka sahaja. Okay jom check it out.

Rose, dia merupakan gadis yang berumur 15 tahun. Dia menetap di KL bersama ibu bapanya  Dato' Roslan dan Datin Rozana. Abangnya juga tinggal bersama mereka iaitu Audrey. Mereka sudah menetap di Bandaraya itu selama 4 tahun setelah mereka menetap di USA selama 10 tahun.  Rose masih bersekolah dan abangnya masih melanjutkan pelajaran di UiTM yang berada di Utara tanah air. Rose merupakan seorang yang agak bijak di sekolah dan seorang yang sopan santun. Dia telah mewarisi kebijaksanaan dan sikap yang murni itu daripada Dato' Roslan dan Datin Rozana. Mereka berdua merupakan seorang usahawan tanah air yang cukup terkenal di Malaysia.

Pada suatu malam , hujan yang sangat lebat telah membasahi bumi disertai dengan petir yang sabung menyabung. Jam menunjukkan 1 pagi. Rose masih tidak tidur kerana sibuk melayari internet kerana esok merupakan hari sabtu. Tiba-tiba "Phaaaammm" bunyi petir yang sangat kuat kedengaran sehingga menggegarkan rumah-nya. Lalu Rose mematikan komputer ribanya , dia terus mematikan lampu bilik dan terus berselubung di atas katil kerana ketakutan akan petir. Semasa dia berselubung di atas katil dia terus tertidur sehingga keesokan paginya.

Kedengaran bunyi telefon yang berdering telah membuatkan Rose terjaga. Dia terfikir sejenak.

"Apa yang berlaku malam tadi? Hurmm, biarkanlah, mungkin aku terlalu takut akan petir"

Lalu Rose mencapai telefon dan mematikan penggera yang dipasang. Tanpa banyak cakap, Rose terus mengambil tualanya dan mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri, Rose turun  ke dapur. Dia melihat di atas meja didapur terhidangnya sajian yang cukup enak sehingga menaikkan selera Rose untuk makan iaitu Macarooni Cheese. Hidangan itu telah disiapakan oleh ibunya sebelum pergi bekerja kerana di rumah Rose tidak mempunyai orang gaji.

Semasa menikmati hidangan, kedengaran loceng rumah berbunyi dan kedengaran orang member salam,

"Assalamualaikum" tetamu
"Waalaikumusalam, sebentar yaa" Rose menyahut.

Sebaik sahaja dia membuka pintu dia melihat seorang jejaka yang tampan berada di hadapanya bersama seorang gadis yang sungguh menawan. Mereka merupakan kawan baik Rose iaitu Fatin dan Kamil.

"Masuklah kamu berdua" Rose memperlawa mereka.
"Tak apa lah Rose kami hanya ingin mengajak kau  ke perpustakaan saja. Kau nak ikut tak?" kata Kamil.
"Wah! Of Course aku nak ikut. Wait a minute  aku hendak pakai tudung sekejap. Kamu berdua duduklah di anjung ya?" kata Rose.
"Okay Rose" sahut Fatin.

Setelah selesai memakai tudung dan mengambil barangan yang perlu mereka teruskan perjalanan ke perpustakaan. Apabila sampai di perpustakaan  mereka terus meletakkan beg mereka dan terus mencari buku yang hendak dibaca dan dipinjam.Kamil sampai dulu di meja dan dapat dilihat di tangannya  terdapat dua buah majalah  Gempak .  Fatin pula membawa buku rujukan untuk dibaca kerana mereka akan menduduki PMR tidak lama lagi. Sewaktu Rose sedang membawa buku yang agak banyak dan tebal, dia telah dilanggar oleh sesuatu benda yang agak besar. Lalu buku yang dibawa jatuh ke lantai.
Tiba-tiba ...



Bersambung....
I am somebody

Quote Of The Day

" How i supposed to be everything they expect me to be when i alone "




















ASSALAMUALAIKUM AND HELLO EARTHLINGS! NOW YOU HAVE ENTER TO ADAM'S BLOG! DON'T USE HARSHWORD IN MY BLOG! DO FOLLOW AND COMMENT OK? LOVE YOU! :*
comment

Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.
◄ OLDER POSTS // NEWER POSTS ►